Friday 5 August 2011

Binatang kesayangan Rasulullah,.. kucing??


Tadi selepas habis makan, saya keluar dari bilik (asrama) untuk membuang bekas polistrin yang digunakan. Datang seekor kucing mengiau dan seolah-olah mahu menerkam bekas polistrin tersebut. Sejujurnya, saya agak takut dengan kucing macam tu.

Saya suka lihat telatah kucing tetapi tak berapa berani nak sentuh. Mungkin sebab dari kecil keluarga saya tidak pernah memelihara kucing, Jadi tak biasa bergaul dengan kucing-kucing. Hehe.

Berbalik kisah tadi, sepanjang ke tong sampah, kucing tersebut ikut sambil memandang-mandang muka saya yang cool kononnya. Dalam hati, terfikir nak bagi. Tetapi tiada makanan pun dalam polistrin tu. Hanya ada tulang ayam.

Tapi kerisauan membuak andai kucing tersebut terkam saya sebab terlalu eksaited (teruja). Lantas saya percepatkan langkah. Angkat tutup tong sampah, buang dan tutup cepat-cepat. Lega.

Saya tengok kucing, kucing tengok saya. Maafkan saya kucing. Nanti saya belikan yang lain. T_T

Jangan buat macam tu lagi, saya takut. So Sorry. T_T

Baiklah. 

Jika diikutkan, tidak ada nas yang sarih mengenai kucing binatang kesayangan baginda S.A.W.

Tetapi banyak hadith sahih dalam bukhari dan muslim menceritakan amaran baginda S.A.W dalam hal manusia memperlakukan binatang dengan kejam.

Tidak kiralah sama ada kucing, anjing atau lain-lain. Pendapat yang rajih ialah baginda menyayangi semua binatang.

Mari lihat kisah Abu Hurairah.

Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Ada Hadith Riwayat Imam Ahmad dari Abdullah, nabi pernah menegur seorang yg mengganggu burung dan anak-anaknya.


 

Dari Imam Ahmad juga, ada perihal nabi mencegah membakar semut

Islam Itu Indah

Sesungguhnya Agama Islam itu Mudah dan Sederhana

Bentuk Peribadi Islam Melalui Tadarus Al-Quran

    Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:



Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda.” (Hadis riwayat Bukhari).



TAHAP KEIMANAN PENENTU RASA TAKUT KEPADA ALLAH
WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah sentiasa berasa takut kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah.

Takut adalah sifat terpuji dan patut ada dalam hati setiap mukmin yang ingin mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang mendatangkan dosa hingga menjerumuskan ke api neraka di akhirat kelak.
Jika kita ada rasa takut kepada Allah, sudah pasti kita tidak akan berani melanggar perintah-Nya. Rasa takut akan mendorong seseorang itu benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah. Semua perintah Allah akan dipatuhinya dan larangan ditinggal-kannya.